Monday, June 28, 2010

Tahun 5: (2.2.2 .f) : Tayammum

Aras 1 :
1. Menyatakan ta'arif tayammum :
     " Menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan
       sebagai ganti kepada wuduk atau mandi wajib
       dengan syarat-syarat tertentu "
2. Menyatakan tatacara tayammum (rukun) :
     2.1. Niat ()
            Ertinya: "Sahaja aku bertayammum untuk
            mengharuskan sembahyang kerana Allah Taala."
     2.2. Menyapu debu ke muka.
     2.3. Menyapu debu ke kedua belah tangan.
     2.4. Tertib.
3. Cara-cara bertayammum.

Aras 2:
1. Menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan tayammum :
     1.1. Ketiadaan air.
     1.2. Tidak boleh guna air kerana sakit.
     1.3. Ada air hanya untuk keperluan diri.
2. Menyatakan syarat-syarat tayammum :
     2.1. Menggunakan debu tanah.
     2.2. Debu yang suci.
     2.3. Bukan debu muata'amal ()
     2.4. Debu yang tidak bercampur dengan benda lain.
     2.5. Bertayammum setelah masuk waktu.
     2.6. Bertayammum hanya untuk sekali solah fardu dan beberapa solah sunat.

Aras 3 :
1. Menyatakan perkara yang membatalkan tayammum :
     1.1. Berlaku perkara yang membatalkan wuduk.
     1.2. Ada air sebelum solah.
     1.3. Sembuh daripada sakit.
2. Sentiasa mentaati perintah Allah.
3. Menyatakan hikmat / kebaikan bertayammum :
     3.1. Sebagai keringanan kepada orang yang uzur.
     3.2. Memberi kemudahan kepada orang yang kesulitan air.
     3.3. Menunjukkan pentingnya ibadah solah.
4. Menjaga kebersihan diri.
5. Istiqamah dalam ibadah.

No comments:

Post a Comment