Tuesday, June 29, 2010

Tahun 6: (2.2.9) Solat Jenazah

Aras 1 :
1. Murid dapat menyatakan pengertian Solat Jenazah.
2. Menyatakan hukum Solat Jenazah – Fardu Kifayah.
3. Menyebut cara melakukan Solat Jenazah.
4. Reda dengan ketentuan Allah Taala.
5. Harus menziarahi jenazah orang bukan Islam.

Aras 2 :
1. Murid dapat membaca bacaan Solat Jenazah :
     1.1. Lafaz niat Jenazah lelaki dan perempuan.
     1.2. Takbiratul Ihram.
     1.3. Membaca Surah Al Fatihah.
     1.4. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w.
     1.5. membaca doa.
     1.6. Salam.
2. Insaf dan taat kepada perintah Allah.

Aras 3 :
1. Murid dapat melakukan Solat Jenazah.
2. Kewajipan setiap umat Islam melakukan kebajikan kepada jenazah.

Tahun 6: (2.2.8) Solat Hari Raya Idil Fitri dan Idil Adhha

Aras 1 :
1. Murid dapat menyatakan pengertian Solat Idil Fitri dan Idil Adhha.
2. Menyatakan hukum Solat Idil Fitri dan Idil Adhha – Sunat Muakkad.
3. Membaca lafaz niat solat 2 hari raya.
4. Melakukan cara solat 2 hariraya.
5. Menggemari amalan-amalan sunat.

Aras 2 :
1. Murid dapat menyebut lafaz takbir solat hari raya.
2. Menyebut lafaz tasbih hari raya.
3. Sentiasa berzikir memuji Allah.
4. Bersimpati kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Aras 3 :
1. Murid dapat menerangkan hikmat solat hari raya :
     1.1. Mengeratkan silatur rahim.
     1.2. Mengukuhkan perpaduan ummah.
     1.3. Menzahirkan syiar Islam.
     1.4. Bersyukur dengan rahmat dan limpah kurnia Allah dengan hari raya.
     1.5. Hormat-menghormati sesama insan

Tahun 6: (2.2.7.e) Puasa Ramadan - Perkara Yang Membatalkan Puasa

Aras 1 :
1. Murid dapat menyatakan perkara2 yang membatalkan puasa :
       1.1. Makan atau minum dengan sengaja di siang hari.
       1.2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
       1.3. Muntah dengan sengaja.
       1.4. Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
       1.5. Gila walaupun sebentar.
       1.6. Bersetubuh di siang hari.
       1.7. Berbuka sebelum masuk waktu.
       1.8. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
       1.9. Haidh.
     1.10. Nifas atau wiladah.
     1.11. Murtad.
2. Wajib berpuasa, berdosa jika meninggalkannya.
3. Sentiasa mematuhi peraturan berpuasa.

Aras 2 :
1. Menghuraikan perkara yang membatalkan puasa.
    ( Ruj. Buku HSP M.S. 33 )
2. Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan.

Aras 3 :
1. Menyelesaikan masalah yang berkaitan
    dengan perkara yang membatalkan puasa.
2. Sentiasa berdisiplin dalam kehidupan.

Tahun 6: (2.2.7.c) Syarat-syarat Sah Puasa

Aras 1 :
1. Murid dapat menyatakan syarat sah puasa :
     1.1. Islam.
     1.2. Mumayyiz.
     1.3. Sempurna akal sepanjang hari.
     1.4. Suci daripada haidh dan nifas.
     1.5. Puasa selain daripada hari-hari yang diharamkan.
2. Gigih melaksanakan tanggungjawab.

Aras 2 :
1. Murid dapat menghuraikan syarat sah puasa.
2. Peka terhadap keperluan masyarakat.

Aras 3 :
1. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan syarat sah puasa.
2. Menyatakan hari-hari yang diharamkan berpuasa.
3. Suka bersedeqah.

Tahun 6: (2.2.7b) Puasa Ramadan - Syarat Wajib Puasa

Aras 1 :
1. Murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib puasa :
     1.1. Islam 
     1.2. Baligh  
     1.3. Berakal
     1.4. Mampu berpuasa
2. Murid dapat menyatakan Rukun Puasa :
     2.1. Niat
     2.2. Menahan diri daripada makan dan minum.
3. Menyebut lafaz niat puasa dan ertinya :
4. Berpuasa pada bulan Ramadan.

Aras 2 :
1. Murid dapat menghuraikan syarat wajib puasa.
2. Murid dapat menghuraikan rukun puasa.
3. Amanah dalam pekerjaan sebagaimana ibadah puasa.

Aras 3 :
1. Murid dapat menyatakan hikmat penentuan syarat wajib
    dan rukun dan rukun puasa :
     1.1. Menetapkan had umur orang-orang yang berpuasa.
     1.2. Memberi keringanan kepada orang sakit dan kurang upaya.
     1.3. Memberi peluang kepada orang berpuasa bersahur.

Tahun 6: (2.2.7.a) Puasa Ramadan - Konsep Puasa

Aras 1 :
1. Murid dapat menyatakan pengertian puasa.
2. Murid dapat menyatakan dalil naqli wajib puasa
     ( Surah Al Baqarah ayat 183 )
3. Menyatakan hukum berpuasa sepanjang bulan Ramadan.
4. Menghayati nilai-nilai puasa.

Aras 2 :
1. Menyatakan tahun mula disyariatkan puasa Ramadan.
2. Menyatakan puasa telah disyariatkan kepada umat yang terdahulu.
3. Sentiasa sabar dan mengawal diri.

Aras 3 :
1. Menyatakan hikmat puasa ( 5 perkara )
2. Sentiasa berdisiplin.

Sukatan Pelajaran Ibadah KBSR

sukatan_02_02_ibadah

Monday, June 28, 2010

Tahun 5: (2.2.1.a) Konsep Fardu Ain dan Fardu Kifayah

Aras 1 :
1. Menyatakan erti fardu ain dan fardu kifayah.
2. Menyenaraikan contoh fardu ain dan fardu kifayah.
3. Istiqamah dalam melakukan perkara fardu ain dan fardu kifayah.

Aras 2 :
1. Menyatakan perbezaan antara fardu ain dan fardu kifayah.
2. Mengamalkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam fardu ain dan fardu kifayah.

Aras 3 :
1. Menyatakan akibat tidak melakukan perkara fardu ain dan fardu kifayah.
2. Istiqamah melaksanakan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah.

Tahun 2: (2.2.2.a) Tanggungjawab Bersuci

Aras 1 :
1. Menyatakan hukum bersuci dan menyebut dalil wajib bersuci.
2. Menyatakan sebab diwajibkan bersuci.
3. Menyebut alat-alat yang digunakan untuk bersuci.
4. Sentiasa dalam keadaan bersih dan suci.

Aras 2 :
1. Menyatakan faedah bersuci :
     a) Bersuci itu satu ibadah.
     b) Menjamin kesihatan tubuh badan.
2. Berusaha menjadi hamba yang soleh.

Aras 3 :
1. Menyatakan akibat tidak bersuci :
     1.1. Mudah terkena / dihinggapi dijangkiti penyakit.
     1.2. Ibadat tidak diterima Allah.
     1.3. Dimurkai Allah.
2. Sentiasa memelihara tanggungjawab bersuci.

Tahun 2: (2.2.2.b) Perkara Yang Membatalkan Wuduk

Aras 1 :
1. Menyatakan perkara yang membatalkan wuduk.
2. Sentiasa menjaga kebersihan diri.

Aras 2 :
1. Menjelaskan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.
2. Menyatakan tindakan yang perlu diambil apabila terbatal wuduk.
3. Tidak membazir air.

Aras 3 :
1. Menyatakan hikmat mengerjakan wuduk dengan sempurna.
2. Peka melaksanakan tanggungjawab.

Tahun 2: (2.2.3.a) Bacaan Di Dalam Solat

1. Bacaan Doa Iftitah
2. Bacaan krtika rukuk
3. Bacaan ketika iktidal
4. Bacaan ketika sujud
5. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud.
6. Bacaan Tahayat Awal Dan Tahayat Akhir.

Aras 1 :
1. Membaca bacaan di dalam solat dengan betul.
2. Menanamkan sifat sabar dalam membaca bacaan di dalam solat.

Aras 2 :
1. Menghafaz bacaan di dalam solat.
2. Tekun menghafaz bacaan di dalam solat.

Aras 3 :
1. Menguasai terjemahan bacaan di dalam solat.
2. Melakukan solat beserta bacaannya dengan betul.

Tahun 5: (2.2.2 .f) : Tayammum

Aras 1 :
1. Menyatakan ta'arif tayammum :
     " Menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan
       sebagai ganti kepada wuduk atau mandi wajib
       dengan syarat-syarat tertentu "
2. Menyatakan tatacara tayammum (rukun) :
     2.1. Niat ()
            Ertinya: "Sahaja aku bertayammum untuk
            mengharuskan sembahyang kerana Allah Taala."
     2.2. Menyapu debu ke muka.
     2.3. Menyapu debu ke kedua belah tangan.
     2.4. Tertib.
3. Cara-cara bertayammum.

Aras 2:
1. Menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan tayammum :
     1.1. Ketiadaan air.
     1.2. Tidak boleh guna air kerana sakit.
     1.3. Ada air hanya untuk keperluan diri.
2. Menyatakan syarat-syarat tayammum :
     2.1. Menggunakan debu tanah.
     2.2. Debu yang suci.
     2.3. Bukan debu muata'amal ()
     2.4. Debu yang tidak bercampur dengan benda lain.
     2.5. Bertayammum setelah masuk waktu.
     2.6. Bertayammum hanya untuk sekali solah fardu dan beberapa solah sunat.

Aras 3 :
1. Menyatakan perkara yang membatalkan tayammum :
     1.1. Berlaku perkara yang membatalkan wuduk.
     1.2. Ada air sebelum solah.
     1.3. Sembuh daripada sakit.
2. Sentiasa mentaati perintah Allah.
3. Menyatakan hikmat / kebaikan bertayammum :
     3.1. Sebagai keringanan kepada orang yang uzur.
     3.2. Memberi kemudahan kepada orang yang kesulitan air.
     3.3. Menunjukkan pentingnya ibadah solah.
4. Menjaga kebersihan diri.
5. Istiqamah dalam ibadah.

Tahun 5: (2.2.3) Solat - Sunat Ab'adh / Sunat Haiah

Aras 1 :
1. Menyatakan ta'arif sunat Ab'adh dan sunat Haiah.
2. Menyatakan perkara sunat Ab'adh dan Sunat Haiah.
3. Menghafaz bacaan sujud sahwi. ( )
4. Sentiasa menjaga kesempurnaan solah.
Aras 2 :
1. Menyatakan Hikmat Sunat Ab'adh dan Sunat Haiah :
     1.1. Mengagungkan kebesaran Allah.
     1.2. Menampung kekurangn solah.
     1.3. Menyempurnakan amalan solah.
     1.4. Menambahkan (  ) solah.
     1.5. Menginsafi kelemahan diri.
2. Istiqamah mengerjakan amalan solah.

Aras 3 :
1. Menyatakan perbezaan Sunat Ab'adh dengan Sunat Haiah.
     a) Tertinggal sunat Ab'adh diganti dengan sujud sahwi .
         Tertinggal Sunat Haiah tidak perlu sujud sahwi.
2. Beribadah kepada Allah dengan ikhlas dan sebaik-baiknya.

Tahun 5: (2.2.6) Solat Jumaat

Aras 1 :
1. Menyatakan ta'arif solat Jumaat.
2. Menyatakan hukum solat Jumaat
3. Membaca dalil naqli solat Jumaat dan memahaminya :
     ()
4. Menyatakan syarat wajib Jumaat
5. Membaca lafaz niat solat Jumaat.
6. Taat kepada perintah Allah.

Aras 2 :
1. Menyatakan syarat sah solat Jumaat.
2. Menjelaskan larangan ketika khatib berkhutbah.
3. Menyatakan perkara-perkara sunat sebelum solat Jumaat.
4. Sentiasa berusaha memotivasi diri.

Aras 3 :
1. Menyatakan kelebihan / hikmat Solat Jumaat :
     1.1. Lambang perpaduan umat Islam.
     1.2. Mengukuhkan persaudaraan Islam.
     1.3. Membuktikan kepatuhan, ketaatan dan pengabdian kepada Allah.
     1.4. Dapat bertukar-tukar fikiran selepas solat.
2. Sentiasa berkomitmen yang tinggi dalam masyarakat.

Tahun 5: (2.2.5) Solat Berjamaah

Aras 1 :
1. Menyatakan ta'arif solat Berjamaah.
2. Menyatakan hukum solat Berjamaah :
     a) Fardu Ain.
     b) Fardu Kifayah
     c) Sunat.
3. Membaca lafaz niat solat Berjamaah.
4. Melakukan cara-cara mengerjakan solat berjamaah – waktu amali
5. Sentiasa mengeratkan silaturrahim.

Aras 2 :
1. Menyatakan syarat sah solat berjamaah.
2. Menyatakan kedudukan makmum dalam solat berjamaah.
3. Menerangkan keadaan makmum Muafiq dan Masbuq ( ﻤﺴﺑﻮﻖ ﺪﺍﻦ ﻤﻮﺍﻔﻖ )
4. Sentiasa menghormati pemimpin / ketua.

Aras 3 :
1. Menyatakan kelebihan solat berjamaah :
     1.1. Pahalanya 27 kali ganda dari solat bersendirian.
     1.2. Mengeratkan silaturrahim dalam masyarakat.
     1.3. Menampakkan kesepaduan umat Islam.
2. Mengamalkan solat berjamaah.
3. Berdisiplin dalam kehidupan.

Tahun 5: (2.2.4) Azan dan Iqamah

Aras 1 :

1. Menyatakan ta'arif Azan dan Iqamah.
2. Menyatakan hukum Azan dan Iqamah.
3. Melaungkan lafaz Azan dan Iqamah.
4. Menjawab lafaz Azan dan Iqamah termasuk Azan Subuh.
5. Menghormati dan menghayati seruan Azan.

Aras 2 :
1. Menyatakan perbezaan antara perkara-perkara sunat semasa Azan & Iqamah

Aras 3 :
1. Membaca doa selepas Azan dan Iqamah.
2. Menyatakan kegunaan Azan dan Iqamah selaian daripada Solah :
     2.1. Menyambut kelahiran bayi.
     2.2. Ketika kecemasan seperti kebakaran dan ribut.
     2.3. Mengiringi orang musafir.
     2.4. Orang yang dirasuk syaitan.

3. Sentiasa mengharapkan ﺸﻔﺎﻋﺔ  Allah.